Friday, November 12, 2010

Kawan

salam semua..
kaifa hal?iman?diri?hati?
andai futur moga2 tak terlampau kritikal..Dia kan ada..mOga itu satu cubaan untukmu...

sekadar ingin mencoretkan..harinie aku sekali lagi ke PSE setelah habis kelas Chemist berasama Fatma yang jadi mentorku..thankz Fatma..harinie kelas AB ada kelas Add Math dengan Pn Fadzlin..Umar-Hamzah pulak kelas Chmst..ada mentor masing2..

aku tak tahu knapa sekarang macam banyak sangat masalah datang bertimpa2..macam hujan yang menderu dengan lebatnya..aku ada masalah kawan di saat SPM makin menghampiri.di saat semua orang patut hargai masa with each other sebab lepas ni susah dah nak ada bersama,susah nak jumpa...aku sedih.sedih sebab gaduh time nak SPM.sedih sebab aku rasa dia terlampau ego.sedih sebab dia macam takder kesungguhan nak kawan dengan aku.sedih sebab macam2.ukhuwah itu ibarat 1 badan,kalau ada 1 anggota sakit maka yang lain akan turut merasai.maka dengan itu aku cuba untuk menghargai dan menyayangi kawan2 aku sepertimana aku menyayangi diri aku.sebab di situ adanya iman.ya!aku ingin jadi hamba yang beriman.kalau aku ada masalah dengan kawan means that aku turut ada masalah dengan Allah.aku taknak!aku taknak ada masalah dengan sesapepun..lebih2 lagi dengan Allah..mungkin Allah ingin mengajar aku erti berlapang dada,sabar,bersangka baik..aku nak semua kawan2 aku berada atas jalan Islam.aku nak semua kawan2 aku dapat kebaikan.itulah seorang mukmin menginginkan kebaikan atas orang lain.kalau ada benda yang aku rasa salah aku nak betulkan sebab aku sayang.aku taknak dia tergelincir..aku nak sama2 masuk syurga.bukannya kebaikan untuk aku seorang sahaja.aku taknak jadi selfish sebab aku benci orang yang macam tuh.aku tak suka.tak gemar.aku mohon agar Allah bukakan pintu hati dia.aku kawan dengan dia bukan atas dasar sesape,berkepentingan tetapi sebab Allah.

situasi 1:kawan sebab lelaki.kawan berkongsi cerita pasal lelaki.

situasi 2:kawan kena suruh.kawan sebab boleh dijadikan hamba abdi,boleh suruh2.kawan sebab nak pijak kepala.

situasi 3:kawan yang selfish.tak pikir pasal orang lain langsung.nak semua jaga hati dia.tapi dia tak nak jaga hati orang lain.

situasi 4 :kawan berkepentingan.rasa dia kaya so boleh mintak pape jer.

situasi 5:kawan publisiti.rasa kawan popular.so kawan sebab nak jadi popular jugak.

banyak lagi situasi kawan.kawan macam ni ker yang ada dengan kita semasa susah?kawan macam ni ke yang akan bawak kita ke jalanNya?kawan yang macam ni ker yang bagi kalian SAHABAT?bagi aku tak.friends 4 ever konon!takder maknanya...kawan macam ni lar yang tolong tempahkan tiket ke jalan yang jauh dariNya..masih nak mengharapkan kawan yang macam ni?takder nilai langsung kat mata Allah.langsung!teringat tentang persahabatan Ansar dan Muhajirin yang sanggup berkorban antara satu sama lain.yang sanggup give and take.yang sanggup berkata tidak walau hati terlalu menyinta..berkata tidak kalau sahabat buat salah...itulah sahabat..bukan ker antara orang yang dapat syafaat kat akhirat kelak ialah mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah?itulah sahabat yang sejati..

dah penat tangan mencoret.lepas ni balik nak stadi.lega Alhamdulillah.

Ya Allah aku mohon padaMU..redhailah setiap langkahku.langkah kami.maaf andai aku tak tulus mencintaiMu Ya Allah..

peace_sunk.

SPM makin dekat..

salam semua...

wah..lama sesangat dah tak update blog ni..it has been ages..lama sangat tak diimarahkan memandangkan masing2 busy memanjang..all the time hang out dengan buku..makan buku,tidur buku,mandi buku..kalau boleh nak masuk toilet time nak buang hajat tu pun dengan buku jugak..wah!ajaba..melampau betul..dalam masa nak SpM ni jugaklar masing2 sangat selfish..sampai dah takder masa nak pikir pasal orang lain sebab banyak lagi benda nak stadi...betul tak?hurm tak betul...dalam masa nak SPM ni jugaklar cikgu2 sepakat nak buat kelas tambahan sampai kna stay bagai..tapi itu sema kan pengorbanan nak capai satu kejayaan yang besar..nak capai cita2..dan tiket Penentu Masa Depan..nama pun SPM..waktu ni jugak maing2 bersengkang mata..bangun tahajud..ibadah yang tak pernah buat pun jadi kewajipan..semuanya demi satu peperiksaan..

aku harap sangat2 aku dan kawan2 tak belajar sebb SPM semata..tapi sebab Allah..aku beljar sebab aku ikhlas...sebab memang aku nak ilmu Allah..aku harap sangat niat aku betul..aku harap sangat kita semua redha dengan apa2 keputusan pun..aku harap sangat,,

kepada semua,marilah kita sama2 berdoa kepada Allah moga Dia permudahkan jalan bagi kita pada hari yang makbul,hari Isnin ni bersamaan 15 NOv lepas Asar sampai MAghrib..membayangkan kita berada di padang Arafah bersama orang2 yang mengerjakan haji..doakan kebaikan bersama pada hari tersebut..mintalah apa sahaja..inshaAllah Dia akan memakbulkan doa kita..

nak pergi dah..kat PSE sbnarnya ni..esok ada Chmist.

salam sayang,peace_sunk..

wallahualam..